Oct 9, 2011

Cinta Suci Tidak Perlukan Sebab

Cinta suci sudah semestinya tidak memerlukan sebab . Jika ada sebab , kesucian cinta itu boleh dipertikai . Boleh mengambil cantik sebagai sebab , mahupun suara yang merdu sebagai sebab dan bentuk tubuh yang mengiurkan sebagai sebab . Tetapi sebenarnya , cinta suci tidak memerlukan itu semua .


Alkisah Cinta Suci Seorang Suami 
Seorang suami isteri berjalan ditepi sebuah tasik yang indah . Tidak lama selepas itu mereka berhenti disebuah bangku yang disediakan di tepi tasik . Kemudian , si isteri bertanya kepada suami .

Isteri : Abang , mengapa abang menyukai saya ?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya tetapi abang memang menyayangi dan menyintai ayang .
Isteri : Abang tidak boleh terangkan sebabnya ? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya (Si isteri sudah agak meninggikan suara kerana tidak berpuas hati)   
Suami : Betul ! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan ayang .
Isteri : Tidak ! saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya . Kawan kawan saya yang lain mempunyai suami dan teman lelaki . Semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai . Dalam bentuk syair dan puisi lagi , tapi abang tak boleh terangkan sebabnya .
Suami : Baiklah ! abang mencintai ayang sebab ayang cantik , mempunyai suara yang merdu , penyayang dan mengingati abang selalu , abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak ayang melangkah , disitulah cinta abang pada ayang .

Selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma , si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi . Surat itu diletakkan disebelah katil isterinya hospital , Suratnya berbunyi :

" Ayang , jika disebabkan suara , aku menyintaimu , sekarang bolehkah engkau bersuara ? Tidak ! Oleh itu , aku tidak menyintaimu , Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintaimu , sekarang bolehkah engkau menunjukkannya ? Tidak ! Oleh itu , aku tidak menyintaimu . Jika disebabkan senyuman aku menyintaimu , sekarang , bolehkah engkau tersenyum ? Tidak ! Oleh itu , aku tidak menyintaimu . Jika disebabkan setiap langkah aku menyintaimu , sekarang , bolehkah engkau melangkah ? Tidak ! Oleh itu , aku tidak menyintaimu . Jika cinta memerlukan sebabnya , aku tidak mempunyai sebab lagi untuk menyintaimu , tetapi apakah cinta memerlukan sebab ? Tidak ! Kerana aku masih menyintaimu dari dulu , kini , selamanya dan tidak perlu ada sebab untuk itu . "

Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat , dipegang . Namun begitu , ia boleh dirasai dalam hati .
Oleh itu , berhati hatilah apabila ada lelaki yang memuja muja anda . Dia mungkin mengatakanbetapa terpesonanya dia melihat wajah anda yang jelita , ataupun mendengar suara anda yang merdu serta bentuk tubuh yang mengiurkan , INGAT ! Ketika kesemua ciri ini telah hilang , dia mungkin akan melupakan kata katanya .
Sebaiknya pilihlah lelaki yang tidak terlalu memuji muji anda dan memilih diri anda seadanya sebab itu tandanya bersedianya dia untuk terus menyintai anda biar apapun keadaannya nanti , orang yang mudah memuji juga mudah mengeji . Sesungguhnya cinta suci tidak perlukan sebab .

#COPY PASTE DARIPADA BLOG SAPE NTAH :DD   

No comments:

Post a Comment