Dec 20, 2012

Twinkle twinkle little stars. The Best Friends , You do the stupidest things with ~

So this is suk, she's awesome! dahla tinggi lawa plak tuh, and paling aku jelly, Dia tinggi gegegegilaaaa :O Okay, ni aku nak describes pasal dia dulu. 1st time i baru kenal you, tade lah rapat sesangat, and sekarang gila rapat tatau sebab apa. Haha, I suka gila you sebab you sporting, memang susah gila nak dapat kawan macam you, you lain, semua tak kisah, serious :O and you dengan i sekepala. Memang sekarang kita kerap bermsg, kalau tak msg macam tak boleh hidupppp :o Haha, YOU TINGGI GILA, PANDAI, AND YANG I PALING JELLY YOU BOLEH BAWAK KERETAAAA. jelyy gilaaaa :O I lagi tua pun tak reti bawak, hahahah. Suk lawa, cantik gilaaaa. and dia tinggi gila, Hmmmm jelly gila, and kita benci dekat lelaki yang sama, suk faham I, wadee punn :D And I harap you takan lost contact dengan i, sebab i taleh hidup tanpa you, sobs sobs :') sekian XD So now it's your turn nak describes I macam mana. Suk said :
"what makes you so beautiful is you don't know how beautiful you are, you're trying to be perfect but nobody's perfect but you're, to me" this shows how beautiful you are as my virtual friend! She's perfect to me but she always complaints about her weight her belly Lol. She's hot and that is the main part hahahaha. She's super kind, behign. sweet, super gossip-girl. AND THE BEST PART IS THAT WE SHARE THE SAME INTEREST. WE LOVE MODELLING WORLD. YIPPIE! HAHAHAHAHA. I LOVE YOU SWEETIE ;) sehari tak msg dengan dia tak sah. KITORG SHARE MACAM MACAM, RAHSIA, HATI SEMUA BENDA MUAHAHAHAAH. KUTUK ORG PUN :3 -THE END-


Ni pulak saa, she's my cousin. at first memang tak sangka gila dia ni cousin aku anddddd terkejut gila bila dapat tahu, memang macam pelik gila sebab selalunya cousin kenal since kecil lagi, dia ni baru tahun ni aku kenal dia, dia comel gila, pipi tembam, rasa macam nak cubit je pipi dia, and dia sekepala dengan aku, hahaha. Bila dia buat rambut kerinting, serious comel gila, mak dia baik, suara lembut gila, dahla cantiikk sesangat :O Saa tak sombong pun kalau korang kenal, she's sporting, bole gegegeegila sesama, kalau annie ada lagi best en, lagi menjadi gila dorang ni, minat taylor swift sesangat, tapi memang lawa pun dia tuh kann. haha i baru perasan kot saa :O okay then ilove her tooo much :* So, it's her turn to describes about me. saa said :
Brilliant, intelligent, pretty , gorgeous, nice looking, stunning, glorious, resplendent, splendid macam model <3


So this is Wadeeeee. She's my everythingg <3 Dulu kenal bukannya tegur, just senyum then cakap apa yang patut je, sekarang after RT terus rapat gegegegegegila, wadee putih, lawaa, tinggi, cooool, suka gelak macam pontianak, haha, kitaorang selalu share rahsia sampai rahsia keluarga pun tershare, haha, and tak sangka gila dia ada 'sai phe nong' dengan aku, gila terkejut, haha. Dulu selalu msg sampai bersayang sayang intan payung segala makcik nenek, dah macam couple dah, and she understands me too much, kalau bergossip number1, kalau suk ada lagi lah meletup :* Bila skype suka buat muka pelik pelik, tau lah apa yang shada cerita tak menarik, haha, wadee ni jenis diam diam ubi berisi, and sayanggg gegegegila dekat dia, so sesiapa yang berminat, sila langkah mayat saya dulu yerr xD tada sesiapa boleh pisahkan saya dengan dia, jangan jealous knpa saya rapat dengan dia. LOL.  Okayy, it's her turn describes pasal aku, wadee said :



Okay so I've known Shada for quite some time already but this year we've bonded so well since last August. She's like an elder sister I've never had. We spent so much time together this year and surprisingly I found out we do share a lot in common and I'm glad we can get along together. She knows how to grab good opportunities and tag me along with her plans, that's how this year becomes so interesting. I love you to bits. :**


And this is Daa, kitaorang ada nickname yang sama kott, tapi her real name is Wanikda, adik P'Litt yang lawa comel, dorang ni cutee gila, macam kacukan orang putih, lawaaa :O natural beauty memang macam ni kan? jealous kannn? Okay, she's gorgeous, cute, pandai, cantik hahahaha boleh berulang ulang kali aku repeat benda yang sama, tapi memang kenyataan, dia sporting, 1st time kenal time dekat RT 2010, lamaaa tuh then contact mintak number daripada watt. Dia sportingg gila, senyuman pun manis :D Yang gila terpercaya dia tak shave bulu kening tapi pakai cabut, oh my Buddha, kalau aku, tak sanggup gila siottt, haha. She's mine, jangan sesiapa merampas dia okayy! Get it? xD So, it's now her turn to describes about me, she said : 

happy sangat kenal shada . dah lah nick name kita sama
base observation , daa rasa shadaa sorang yg open . suka terus terang . well , i just guess it .
hekhek
teringin sangat nak kuar date dengan shada , but dun no when
shada sporting kot orangnya sebab daa tgk kwn shada 1 malaysia . melayu , siam , cina & etc . but the most are melay . shada mata sepet , but still cute
jangan marah taw ..
hehe



Okay till here, the end, so untuk penutupnya. *jeng jeng jeng*



Nov 9, 2012

Salad Buah-buahan

Ohh hey! Macam dah lama tak tulis blog. Haritu lepas fikir lama dengan adik, baru terfikir nak buat SALAD FRUITS. Actually senang sangat salad buah ni, tak perlu membazir terlampau banyak duit, especially kalau rumah korang memang ada pokok buah ataupun korang memang suka buah-buahan. 

Bahan yang korang kena sediakan :
- Buah, ikut suka korang sama ada nak bubuh buah jambu ke, pelam ke, strawberry ke, kiwi, oren, apple merah, tomato, blueberry, buah ceri and so on.
- Yogurt


1. potong buah-buahan korang, sederhana besar macam niii. 


Then, bubuh dalam mangkuk, ikut kreativiti sendiri la, sama ada mangkuk yang comel sikit ke, hias sendiri ke, ni ada sedikit contoh :)


Memang senang kan? :) Then korang cuma perlu bubuh sesuatu kat atas dia untuk menambahkan lagi rasa, ikut suka korang lah nak bubuh yogurt ke, oat ke, coklat ke, aiskrim. Yogurt buatan sendiri pun boleh, tapi saya lagi prefer yang beli contoh brand nestle. :)

Korang buka then bubuh atas dia, eh, jangan tuang semua sekaligus tapi pakai sudu. bubuh sedikit demi sedikit. lastly, korang boleh bubuh oat ke, coklat ke kat atas dia, kalau korang nak diet, memang patut korang bubuh yogurt dengan oat. kalau korang makan untuk bersantai or pape je lah, tambah je ikut kreativiti korang. :)

Ni sedikit contoh untuk korangg :)

so, this is mine, made by my own, macam mana dengan korang?
saya bubuh yogurt perisa blueberry and tambah sedikit coklat dekat atas dia. So goodluck on trying! ;)

Jun 8, 2012

33 sebab kenapa kawan, family, boyfriend / girlfriend, jiran, skandal korang reply msg lambat

1. Tengah Korek hidung pastuh jentik kat orang.
2. Tengah menyusukan anak [ kepada yang ada anak ]
3. Mandi sambil texting dengan kawan.
4. Sambil gosok gigi, tengah rushing.
5. Tengah makan nasi, bukan nasi ja, makan apa yang ada, haiyoo
6. Tengah online, malas nak membazir kredit, pakai chat lagi bagus
7. Tengah bergayut dengan bangla sebelah rumah 
8. Tengah tengok tv, rancangan catdog
9. Mengantuk tapi gagah jugak nak texting, 
10. Main kejar kejaran dengan kucing, macam cerita hindustan tuuu. haaa
11. Sibuk memasak, lapar sangat kalau nak tunggu parents tolong masakan.
12. Tengah cuci gigi palsu, takot handset basah kalau reply text sambil cuci gigi
13. Time time tengah bulan, duit pokai, 1jam sekali balas msg, sempoiiii ~
14. Kat tempat yang tak berapa ada line, alaaa, sekarang kampung dah maju, yang ni pii kawasan pedalaman mana entah.
15. Tengah basuh punggung adik kecik, terberak kat baju pulak.
16. Sibuk cabut uban kat nenek
17. Adik sorok handphone, tu lah kau, sapa suruh gaduh dengan adik lagi. kan dah kena
18. Ajar ayah add maths
19. Cuci pakaian yang tak cuci selama 3bulan
20. Reply text sambil meneran, *berak lettew
21. Tengah mencungkil gigi yang terlekat sisa sisa durian yang telah makan tadi
22. tengah fikir nama yang nak bubuh kat anak menakan
23. Layannnn bola lerrr apa lagi
24. Tengah sembahyang
25. SHOPPING. haa kalau perempuan, khusyuk sangat shopping sampai macam malas nak reply msg
26. Tengah exam, eh, exam boleh bawak handphone ka?
27. Tengah kencing
28. Demam, pening nak balas msg
29. Mak suruh naik basikal pii kedai belakang rumah beli bawang
30. Main game kat PS2
31. Tengah bawak kereta
32. Tengah lap hingus kat baju.  sambil sebelah tangan dok pegang handphone
33. Tension nak study sambil reply msg 
                            

May 21, 2012

Cerpen : Sebiru awan [ part 1 ]

Putera Elias Helmi
Nama itu masih tergiang-giang di telingaku. Tidak akan ku lupa wajahnya yang sentiasa tenang itu. Keturunan Jawa campuran Belanda, mencairkan hati sesiapa yang memandang. Matanya biru warna sebiru awan. Aku masih teringat apa yang dia katakan dulu. "saya tak mahu jadi sungai, saya nak jadi awan, selalu tengok awak dari atas" lepas itu, dia akan ketawa seorang diri. Alangkahh indahnya masa itu...................

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Adura!" sapaan Sofea pagi itu, aku lambat ke sekolah lagi. Alahai, nasiblah kalau tak kena tahan dengan 'Gorila Berjambang', guru disiplin sekolah. 

"Eh Adura! Aku panggil kau ni, berangan pula. Fikir pasal sapa? Gorila Berjambang? Haha." ish, bising betul si Sofea ni. Sofea Izzati.  Rakan sekelas aku merangkap kawan baik aku sejak kecil lagi, Dia ni agak peramah, bila bercakap, tak ingat dunia. 

"ish, kau ni. Agaknya dah lama tak rasa penampar aku, bisingla, diamla sikit, nanti kena kantoi aku datang lambat. haih, lagi satu, tolong lah, aku tak ada masa lah nak fikir pasal Gorila tu, hurrr." balas ku sambil menjeling ke arahnya. Aku tahu dia tak akan rasa kecil hati, sikap dia ini lah yang menbuatkan persahabatan kami kekal.

"Adura. Cuba kau teka aku terserempak dengan sapa pagi tadi?"
"Sapa?"
"Cuba kau teka? hehehehe"
"Ish, kau ni main teka-teki pula. Cepatlah bagitahu siapa?"
"Kau ni sabar boleh tak? Aku terserempak dengan........"
"Kau  ni lembu betul. Malaslah aku nak layan kau. Bye!"
"Weyyy! Aku bagitahu lah ni. Aku terserempak dengannn Puteraaa!"
"Putera? Putera mana ni? Putera negara mana pula kau jumpa ni?"
"Donkey lah kau! PUTERA ELIAS HELMI lahh!"
"Allah, dia tuh ke? Takan Si Mata Biru tu aku tah hairan lah. Mata dia je yang membuatkan dia nampak handsome kacak bagai."  

Aku taktahu kenapa Pelajar sekolah aku minat sangat dekat Si Mata Biru tu, sampai kadangkadang sanggup bawa bekal bagi dekat dia pagi-pagi. haihh, manusia-manusia. Nama pun cinta itu buta, sanggup buat apa saja untuk dapatkan dia. Aku pula tak tertarik langsung dengan dia. Bukan jodoh kami rasanya.

"Podahhh! Tu yang aku malas nak cerita. Aku tahu kau takkan berminat punya."
"Alalala, Sofea yang ku sayang intan payung belanga berlian emas perak gangsa...."
"Dah dah, geli aku dengar. Kalau Putera panggil aku macam tu, boleh tahan jugaaaa."

Aku membiarkan Sofea bercakap sendirian, malas nak layan karenah dia yang geli- geliman itu. Lalu aku jalan berundur ke belakang, nak mengelak daripada Sofea lah kononnya, tiba-tiba. Aku terlanggar seseorang, habis bukunya jatuh berterabur jatuh ke atas lantai. "Aduhhhhhh! Ni lah jalan tak tengok jalan, kan dah langgar orang." Aku bebel seorang diri.

"Awak, awak okay ke? Kenapa jalan secara berundur? Kan dah langgar orang." Suara seseorang mengejutkan aku.

" Errr maafkan saya! Saya tak sengaja. Buku awak. Takpa takpa, saya tolong awak kutip yaaa. Maafkan saya." ujarku dalam keadaan yang bergesa-gesa tanpa mendongak tengok gerangan siapa yang aku terlanggar. 

" Takpa takpa, saya boleh kutip sendiri, awak tak payah tolong. Salah saya juga tadi, jalan tak tengok depan."  Setelah selesai kutip semua buku yang berterabur di atas lantai, lantas aku bangun hendak bagi buku-buku itu kepada lelaki tersebut. Mata kami bertentangan buat seketika.

'Oh ni lah Putera yang pelajar sekolah aku tergila gilakan. Boleh tahan juga dia ni. Handsome, kulit cerah, bibir merah, rambut keperangan.' hati ku berkata-kata.

"Hello awak? Kenapa awak pandang saya sampai macam tu?" Oops, aku tengok muka dia lama gila. Maluunyaaaaaaaaaaaaaaaa.

"Sofea, jom kita masuk kelas. Cikgu dah masuk agaknya, Cepatlahh." Aku membiarkan soalan Putera tergantung. 


"Cik Adura Jeamine kan? Terima kasih sebab dah tolong saya kutip buku-buku yang jatuh tadi. Kalau macam tu, saya terpaksa pergi, jumpa lagi yer!" Putera terus berlalu pergi diikuti Sofea.


"Ooiii Sofea! Mana kau nak pergi? Jomlah kita masuk kelas, kena denda dengan cikgu Ashri nanti baru tahu!  Yang kau pergi ikut Si Mata Biru tu buat apa? Haihh, orang kalau dah angau memang susah." Aku terus tarik tangan Sofea lari naik ke Blok Darus. 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


 

Apr 4, 2012

KAWAN SELAMANYA KE KAWAN SEMENTARA?

Kawan? apa itu kawan? so i'll show some example here :)

 mesti ramai selalu cakap, " aku kalau tak ada kawan, macam tak lengkap hidup aku, tapi aku takut satu hari nanti mereka akan tinggalkan aku"
sesetengah kawan, dia memang baik, dengan semua orang dia rapat, tak kira junior ke senior ke. semua dia kawan. kalau time persekolahan lah yang paling best nak luangkan masa dengan kawan. memang lah semua akan rasa macam heaven dok dengan kawan, tapi ada jugak kawan yang akan tinggalkan kita suatu hari nanti, mestilah lepas dapat results spm ke apa ke, 90% akan tinggalkan kita, sebab tuh lah orang cakap sahabat yang baik, susah nak cari. cuba korang bayangkan, kalau korang nak masuk U ke Poli ke mana mana je lahh, korang dapat results yang terok dan pendapatan keluarga korang agak rendah, kawan korang tuh dapat results yang baik, for sure lah dia nak masuk U. kalau korang nak sambung masuk form6, takan lah dia nak ikut masuk sekali, haha nonsence lahh. :)

some yang cakap macam ni, " wehhh nanti jangan lupa keep in touch tau, jangan lupa aku" korang percaya ke nanti dia akan keep in touch? haha. for me, tak percaya sangat. 10% percaya, keep in touch pun through facebook, email lah twitter lah, kadangkadang bila kita tegur kawan tuh, bukan dia layan, some yang buat taktahu. percaya lah nanti dorang akan jumpa kawan baru jugak, tak lah sampai lupa kita terus, dia bukan hilang ingatan pun, masih ada jugak lah sisa sisa pasal kita kat pala hotak dia. kasarnya aku, haha. 

  sesetengah kawan bukan boleh percaya sangat, korang punya lah bodoh percaya gila dekat dia, dia korek semua rahsia korang then cerita dekat kawan lain, mestilah korang rasa sakit hati kann? see, kan dah kena tipu, so, bila korang mula kenal dengan someone, makesure perangai dia tak macam bitches. baru korang bagi dia simpan rahsia korang, jangan sampai dia tikam belakang, hati hati bila cari kawan, ingat tuhhh :)


"Amni tuh kaya lah, kita kawan dengan dia lahh. pape nanti kalau kita tade duit, dia boleh belanja kita. jomlahh, best jugak, kita pekenakan dia. amacam?"
" Umairah tuh jijik je aku tengok, pakaian selekeh, korang nak ke kawan dengan dia, dahlah miskin, menjatuhkan maruah"
korang nak ke kawan macam tuh? memilih, kita kalau nak berkawan, kena lah ikhlas. bukan macam contoh kat atas tuh, jenis memilih gila, ohh kalau miskin takmau kawan lah? kalau kaya je nak kawan, nampak sangat nak kikis duit dia, mentang mentang ada duit, bila keluar, pakai duit dia je lah? kawan yang kaya tuh plak, bengap pegi belanja dorang, wayang lah, makan lah, beli macam macam macam. cuba korang bayangkan kalau kawan korang yang kaya tuh, tiba tiba jatuh bankrup, mestilah korang akan tinggalkan dia, then pergi cari kawan yang lain. bodoh lahh. okayy, selalunya yang miskin tada kawan? wei sapa cakap? yang miskin lah yang the best, lagi baik dripada korang semua. tak memilih, dia baik, lagi baik tauuuuu. korang patut kawan dengan orang macam ni, dorang tahu erti kesusahan hidup. trust me, hidup ini adil, cuba korang baik baik dengan semua orang, tak memilih, kawan je dengan yang miskin ke yang kaya ke yang yatim ke yang piatu ke. nanti akan ada orang layan korang dengan baik. percaya lah :)

 contoh ya, kalau korang 3 orang kawan baik, dua orang tuh memang rapat gila dan abaikan sorang lagi, mesti sorang tuh terasa. kannn? sesetengah orang malas nak amek hati, dia faham, tapi mana tahu, some day dia akan luah jugak apa yang dia rasa. kann. kalau nak berahsia, nama pun kawan, dah memang korang 3 orang tuh bestfriend, mestilah kena saling memahami dan saling percayai. janganla sampai nak abaikan kawan sendiri. renung renungkan dan selamat beramal.
  

aku cakap ni melalui pengalaman aku, so jangan salah faham, nanti ada plak yang kata aku over lah sebok nak bagi ceramah lah nasihat lah, ikutlah korang nak percaya ke tak, tak memaksa, ni cuba panduan :) aku tahu aku banyak merapu, tapi korang cuba lah menghayati :) sekiann .